Saturday, October 1, 2011

Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia

Tahukah anda, Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia ??


Sebenarnya, minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung dan kanser.


minyak kelapa dara/virgin coconut oil(VCO) yang berbentuk softgel atau kapsul lembut. (gambar sumber dr google)

minyak kelapa dara/virgin coconut oil(VCO) yang berbentuk liquid. yang ni same je cam kat atas tu tapi yg ni liquid punye. dan senang kalau nk sapu. xyh cucuk2 ng jarum :) budak2 umur 7 tahun memang sesuai makan yang ni.
 
ANTARA KEBAIKAN DAN KHASIAT NYA :
mengurangkan kadar kolestrol - ia sendiri tidak mengandungi kolestrol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi

mendapatkan kembali keanjalan & kelembutan kulit - ia mempercepatkan pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet

terhindar dari gejala alahan - minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine

mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya

mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas

tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah - mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi faktor punca serangan jantung

tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protoza

pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang - sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbunhan maksima

mengelakkan risiko sakit kanser - minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pthogen.

keadaan berdengkur akan hilang - kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya

melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

pembuangan air besar dan kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - minyak kelapa dara diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga

memusnah organisma perosak - seperti virus, bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar. jadi penghadaman mencapai tahap maksima 

mengurangkan keadaan mudah lapar - bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal-tidak perlu makan banyak dan kerap 

mengurangkan kandungan lemak badan - berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang 

mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi - mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung 

mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru - mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit


0 comments:

Post a Comment

 
Designed by Whitey Mommy